Bina
Gemilang Resources telah diperbadankan
pada 8hb Nov
2011 dan adalah milik bumiputera 100%.
Penubuhan
syarikat ini adalah bertujuan memberi perkhidmatan bagi kerja-kerja
‘merekabentuk, membekal, membina, memasang dan menguji Loji Rawatan Kumbahan
bagi
sistem “Reinforced Concrete”
(RC
Sewerage Treatment Plant ) mahupun bagi sistem "Fibreglass Reinforced Plastic" ( FRP Sewerage
Treatment Plant ).
Bina
Gemilang Resources mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang ini
memandangkan syarikat mempunyai pengurusan dan
kakitangan yang berkelayakkan baik dalam bidang akademik mahupun
professional serta mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang ini.
Hasil daripada perkongsian
kepakaran
serta pengalaman luas dalam bidang ini maka pihak pengurusan telah membuktikan
pencapaian masing-masing dengan merekabentuk, membina, memasang, menguji dan
mentauliahkan ratusan projek sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat
terdahulu.