Bina Gemilang Resources

Loji Rawatan Kumbahan

Utama | Pengenalan | Produk Dan Perkhidmatan | Katalog Produk | Hubungi Kami

Pengenalan

Dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Loji Rawatan Kumbahan adalah untuk menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan dengan selamat.

Rawatan-rawatan kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung, rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran organisma-organisma patogenik. Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi unit fizikal, proses unit biologi dan proses unit kimia.

Secara ringkasnya proses perawatan  yang dilakukan adalah seperti berikut;

Efluen dari Loji Rawatan Kumbahan ini akan mematuhi  Piawai A (Pelepasan di dalam kawasan tadahan air)  atau Piawai B (Pelepasan di luar kawasan tadahan air) dan menurut The Environmental Quality (Sewage & Industrial Effluents) Regulation 1979, under EQA 1974”, seperti yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib.

Loji Rawatan Kumbahan – FRP

Loji Rawatan Kumbahan ini menggunakan FRP (Fibreglass Reinforced Plastics) sebagai bahan utama dalam pembinaan komponen utama iaitu tangki dalam Loji Rawatan Kumbahan disebabkan faktor-faktor berikut;

  • Bersifat kalis air serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam apa juga keadaan cuaca dan suhu yang melampau.
  • Bersifat tahan karat walaupun dalam tempoh jangka masa yang lama serta berpuluh tahun.
  • Bersifat ringan dan amat mudah untuk dikendalikan terutamanya membabitkan faktor pengangkutan.
  • Kaedah pemasangan yang mudah serta amat menjimatkan kos pemasangan dan masa yang diambil.
  • Ianya juga memerlukan keluasan tanah yang terhad.
  • Untuk jangkamasa panjang produk ini mudah untuk diselenggara dan menjimatkan kos operasi penyelengaraan.
  • Yang paling penting produk ini tidak ada membawa apa-apa kesan sampingan kepada alam sekitar.

Produk ini direkabentuk dalam dua sistem yang utama iaitu;

  • Sistem  rekabentuk  Aerobik
  • Sistem  rekabentuk  Anaerobik

Sistem Rekabentuk Aerobik adalah amat sesuai bagi merawat sisa kumbahan bagi penggunaan skil berkepadatan pengguna yang ramai  dalam skala kecil,sederhana dan tinggi seperti asrama, sekolah, hospital, kilang, kompleks pejabat kerajaan, pusat komersial, pam minyak, tandas awam, tambahan bangunan , taman perumahan, kawasan insdustri, pusat pentadbiran dan lain-lain.  Manakala Sistem Rekabentuk Anaerobik hanya sesuai untuk tempat atau premis yang mempunyai tahap kepadatan yang rendah seperti rumah persendirian, unit-unit banglow tunggal, pejabat kecil, kilang  dan gudang. 

 

Loji Rawatan Kumbahan – ‘Extended Aeration’ RC

Loji Rawatan Kumbahan ini menggunakan Reinforced Concrete” sebagai bahan utama dalam perawatan air kumbahan. Loji jenis ini adalah amat sesuai bagi pembinaan loji dalam skala besar iaitu sehingga ke 100,000 PE.  Loji Rawatan Kumbahan jenis ‘Extended Aeration’ RC ini juga adalah sesuai untuk pembinaan melibatkan jumlah populasi 300 PE dan ke atas.

Kos pembinaannya Loji Rawatan Kumbahan ‘Extended Aeration’ RC adalah tidak setinggi kos pembinaan Loji Rawatan Kumbahan FRP. Walaubagaimanapun tempoh pembinaannya adalah agak panjang jika dibandingkan dengan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan FRP.

Namun dari segi prestasi termasuk sistem, proses dan efluen yang dihasilkan adalah sama dengan Loji Rawatan Kumbahan jenis FRP. Perbezaaannya adalah dari segi komponen atau bahan yang digunakan untuk membuat tangki sahaja.

©2013 Bina Gemilang Resources. All rights reserved.